★Tentang Diriku
Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!
★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)
|
★ Rabu, 28 Julai 2010 . 11:58 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN
MUHASABAH 1
Kini, entri saya yang kesembilan, saya ingin membuat refleksi saya sepanjang saya membuat entri-entri blog ini. Bukan sahaja tentang budaya yang dapat saya pelajari melalui pertandingan ini. Saya juga dapat mengenali tentang budaya Orang Melayu Brunei juga. Seperti contoh, saya mengadakan perbualan antara kawan saya di Brunei melalui MSN tentang pakaian, budaya dan juga makanan yang mereka hidangkan pada Hari Raya . Malah , bukan itu sahaja yang dapat saya pelajari.
Tetapi,saya juga harus menempuh beberapa cabaran seperti, mendapatkan sumber-sumber tentang kajian budaya Melayu. Ia menjadi seperti cabaran saya kerana informasi-informasi yang saya dapatkan di internet, kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Itulah saat yang paloing susah untuk saya kerana sukar bagi saya untuk terjemahkannya dalam bahasa Melayu sebab saya sudah fasih berbual dalam bahasa inggeris.
Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu saya tentang asal-usul baju tradisi kita. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa kebaya sulam itu asalnya dari Pulau Jawa. Setelah saya membuat kajian tentang kebaya , barulah saya dapat mengetaui tentang ini. Satu informasi menarik yang dapat saya dapatkan di internet,ialah tentang tenunan kain songket. Ia memakan masa 4 bulan untuk menghabiskan hanya dua meter kain songket!Mungkin dengan sebab itulah kain songket, seringnya berharga mahal.
Banyak yang dapat saya pelajari. Namun, saya akan meneruskan lagi pelajaran yang dapat saya pelajari tentang budaya Melayu Tutong pada entri yang akan datang! jangan ke mana-mana yah !
TERIMA KASIH !!
|