★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!
★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)
★ Links & Archives
★ Rabu, 28 Julai 2010 . 6:53 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH
KEBAYA LABUH Jika dalam dua entri yang lepas, saya mengenalkan tentang kebaya, itu sebenarnya hanya secara umum tentang kebaya. Kebaya mempunyai dua kategori , iaitu kebaya labuh dan juga kebaya pendek. Kebaya labuh tampak lebih elegant dan lebih sopan jika dipakai. Kebaya pendek pula, tampak lebih menjolok mata dan di Singapura pula, ia sering dipilih sebagai baju yang dipakai sebagai baju persandingan pada hari perkahwinan. Namun, entri saya pada hari ini bukan tentang kebaya pendek, malah, saya ingin mengetengahkan tentang kebaya labuh. Pernahkah anda tertanya-tanya, di manakah kebaya labuh ini diperkenalkan dahulu ? Ha, inilah jawapannya! Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga diraja dan kenamaan di sana. Semasa zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni. Ilham daripada kebaya tradisional, pereka fesyen telah mengubahsuai dan memodenkan rekaan kebaya. Kebaya yang telah dimodenkan boleh dikenakan dengan seluar slack atau jeans. Itu sahaja lah untuk entri saya kali ini. Jumpa lagi pada entri yang hadapan . sumber \http://serikebaya.blogspot.com/2009/01/sejarah-kebaya.html TERIMA KASIIH |
★ Credits