★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!


★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)

★ Links & Archives

★ Rabu, 7 Julai 2010 . 7:21 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


BERITA TERGEMPAR!!


Saya baru sahaja diberitahu bahawa saya dan kawan-kawan akan menyertai pertandingan blogging pada tahun ini! Saya berasa sungguh ghairah kerana ini kali pertama saya menyertai pertandingan ini. Saya juga diberitahu bahawa tema yang diberikan pada tahun ini ialah BUDAYA . Pada pendapat saya, bagus juga  pihak penganjur memberikan tema begini. Selain menyertai pertandingan blogging, kita juga dapat memperoleh ilmu. IDisebabkan zaman yang terlalu moden, kita tidak dapat lagi lihat banyak amalan-amalan budaya yang dilakukan oleh masyarakat Melayu di Singapura. Seperti contoh, pakaian orang Melayu di Singapura kini sudah tidak asing lagi seperti orang barat. Kita hanya boleh lmeihat orang Melayu  memakai baju kurung  sewaktu majlis perkahwinan atau sambutan Hari Raya.


Banyak juga yang ingin saya ketengahkan namun, saya ingin memfokuskan tentang busana orang Melayu. Pada masa yang sama, saya ingin berkongsi pengalaman saya di Brunei dan apa yang telah saya pelajari tentang busana orang Melayu Tutong , pada entri yang akan datang. Jadi, teruskan membaca blog saya! :D  


★ Credits
Layout and domo background by : noturcupoftea
Domo pictures from weheartit, tagged under domo