★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!


★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)

★ Links & Archives

★ Ahad, 11 Julai 2010 . 7:26 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA

                  Baju Kurunglah
kurung si baju kurung


Di Singapura, jika kita memakai Baju Kurung atau Baju Kurung Melayu(untuk lelaki) kita telah dikenal pasti sebagai orang melayu kerana itulah ikon kita sebagai orang melayu kita. Selain baju kurung, kita orang melayu juga pandai bergaya. Seperti contoh,untuk kaum wanita dan juga lelaki, mempunyai baju kurung cekak musang  dan juga baju kurung telok Belanga. 




Bbaju kurung Telok Belanga dahulu mempunyai leher yang berbentuk bulat dan ia juga mempunyai belahan di hadapan . Potongan pada lengan baju ialah longgar dan berkekek. Manakala potongan pada bahagian badan pula, ia pula lurus dan juga berkembang di bawah. Selalunya , baju ini dipakai dengan lehernya ditutup dengan satu butang.Biasanya jika baju itu berharga agak mahal , butang itu akan selalunya ditukarkan dengan sebiji berlian ataupun butang yang berwarna emas.
Bagi kaum lelaki Melayu, baju kurung Teluk Belanga mempunyai potongan baju yang pendek dan berkocek besar di bahagian bawah depan baju, berseluar panjang ,bersamping yang dipakai di bahagian dalam baju di mana disebut sebagai kain dagang berserta dengan songkok. Adakalanya, baju kurung ini dibuat dengan mempunyai kocek kecil di bahagian kiri baju tersebut .


contoh baju kurung telok belanga:


http://www.chonghwakl.edu.my/2007news_php/2007wenhuajie/2007wenhuajieM.php


Sekarang, saya akan mengenalkan baju kurung  cekak musang pula. Kelainan yang dapat dilihat dengan jelas ialah pada potongan lehernya, yang dibuat berkolar tegak dan berkancing kecil. Bagi kaum wanita, baju ini biasanya berkancing tiga, liima atau tujuh butir butang. Manakala bagi kaum lelaki pula, ia berkancing dengan empat butir butang. 


Sejarah tentang baju kurung Cekak Musang. Dahulunya, kain yang digunakan ialah kain baldu. Pada kaki kain pula dihiaskan dengan emas atau perak yang disebut kida-kida. Sementara kainnya pula dikenakan dengan kain songket, yang mempunyai sulaman benang emas yang lebat dan dapat dilihat di keseluruhan permukaan kain. Di samping itu pula, hiasan yang dikenakan haruslah kena dengan rekaan baju seperti kalung besar ataupun gelang tangan.



contoh baju kurung telok belanga:


http://www.chonghwakl.edu.my/2007news_php/2007wenhuajie/2007wenhuajieM.php




Selain itu, baju kurung kita tidak lengkap jika kita tidak memakainya dengan kain sarung.Banyak gunanya dalam pakaian kita. 
Seperti contoh, kain sarung digunakan sebagai tudung ataupun kain daggang maknanya ia digunakan untuk berlindung daripada matahari.


Sekian, sampai di sini sahaja untuk hari ini.Jangan kemana-mana dahulu ! 
 Saya akan kembali pada post yang hadapan dengan informasi yang lagi menarik lagi. 
Jumpa di post yang hadapan yah! 






                                           TERIMA KASIH!!


★ Credits
Layout and domo background by : noturcupoftea
Domo pictures from weheartit, tagged under domo