★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!


★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)

★ Links & Archives

★ Rabu, 28 Julai 2010 . 4:24 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

                             ASAL USUL KEBAYA


Baju KebayaI ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat daripada kain kasa yang dikenakan dengan sarungbatik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.






Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka,JawaBaliSumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.
Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.


Sebelum saya membaca artikel ini yang dipetik di wikipedia, saya tidak tahu yang kabaya bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja bahkan wanita-wanita Eropah dahulu pada zaman Belanda di Pulau Jawa. Hingga kini sahaja entri saya untuk hari ini. Jumpa lagi pada entri saya yang akann datang ! 


                                   TERIMA KASIH ! 


★ Credits
Layout and domo background by : noturcupoftea
Domo pictures from weheartit, tagged under domo