★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!
★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)
★ Links & Archives
★ Sabtu, 10 Julai 2010 . 3:35 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA Busana Melayu !!! Budaya Melayu itu luas maknanya. Maka itu, seperti yang telah saya katakan dalam entri yang lepas, aspek busana Melayu akan menjadi fokus perbincangan saya.Saya telah berpeluang untuk pergi ke Brunei Darrusalam dalam program penyerapan sekolah ke sana. Lantas, saya mendapat tahu bahawa adat orang Melayu Tutong tidak begitu berbeza dengan adat orang Melayu di Singapura terutama sekali busana tradisi mereka. Pakaian orang Melayu Brunei, tidak banyak berbeza dengan pakaian orang Melayu Singapura. Misalnya, mereka juga memakai baju kurung (unutk wanita ) dan juga baju melayu (untuk lelaki). Bezanya orang Melayu Singapura, berpakaian tradisional hanya apabila ingin ke majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan ataupun semasa Hari Raya. Sebaliknya orang Melayu Tutong memakai baju tradisional Melayu untuk ke kerja, ke sekolah dan pakaian tradisional itu sudah menjadi pakaian harian mereka. Isy...banyak juga telah saya kongsi. Setakat ini sahaja dahulu. Saya akan mengetengahkan tentang bagaimana kita memakai baju kurung dan makna di sebalik memakai baju kurung dan erti orang melayu . Nantikanlah entri saya selanjutnya. Sekian, TERIMA KASIH! |
★ Credits