★Tentang Diriku

Namaku Nur Elyeannie. Nama manjaku yaniie.
Aku dilahir pada bulan tujuh hari yang ketujuh ;)
Aku suka bersukan..pelbagai sukan yangku sukakan.
bukan itu sahaja tetapi aku juga suka muzik.tanpa muzik hidupku sama sahaja seperti orang pekak mendengar muzik yang tak akan dapat didengarinya.
Kuih melayu kegemaranku ialah kuih talam ataupun dikenali putri salat.
itu sahaja yang dapatku kongsi dengan kamu semua. teruskan membaca blog ku ini yah!


★ Tagboard
Your tagboard code goes here. Cbox and shoutmix is recommended :)

★ Links & Archives

★ Ahad, 27 Februari 2011 . 5:16 PG
muhasabahku membuat cerpen peribahasa ini

mengarang sebuah cerita dengan menggunakan kelima-lima peribahasa itu agak susah. pertama kali saya mengarang cerita ini bersama crissa, saya tidak mempunyai apa-apa idea untuk menulis cerita tersebut. dengan itu, saya dan crissa tidak mengarang jalan ceritanya dengan betul. itu menyebabkan cerita kami berdua agak panjang dan kami terlupa satu peribahasa. setelah itu, cerita yang kedua pula saya berharap, ia mempunyai sedikit kesilapan. saya dan crissa cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dalam bahasa melayu. walaupin begitu, crissa menjawab saya dalam bahasa inggeris. -.-'' dengan cara ini, saya boleh memahami sesuatu peribahasa dengan lebih baik lagi. saya juga tahu caranya untuk menggunuakannya apabila menulis cerita.

★ . 4:36 PG
cerpen peribahasa aku dan crissa !!

Kini aku telah dilantik sebagai ketua pengawas di sekolah. Banyak projek yang guru berikan kepadaku untuk diselesaikan bahkan aku juga harus merancang akitiviti-aktiviti untuk seluruh sekolah bak kata pepatah, besar kapal besarlah gelombang.banyak yang telah aku lalui.yang buruk dan juga yang baik tetapi aku hanya ambil pengajaran yang baik seperti ambil patinya buang hampasnya untuk meneruskan hidupku dengan penuh ajaran yang baik. Ramai kawan-kawanku masih berkawan denganku walaupun setelah dilantik sebagai ketua pengawas. Aku tetap mengadakan sifat merendahkan diri seperti baik membawa resmi ayam betina supaya aku tidak diggelar hidung tinggi ddan tidak dibenci orang. Semasa diberi projek oleh guru, aku dan beberapa lagi pengawas bekerjasama dalam projek tersebut dan kami akan menerima pujian bersama jika projek itu dilakukan dengan baik bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dalam kesemua projek-projek yang guru beri, aku lakukannya dengan teliti supaya projek itu akan berjalan dengan lancar pada hari yang ditetapkan bagai berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah.

★ Khamis, 29 Julai 2010 . 5:49 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESUPULUH

                       MUHASABAH 2

Pertama kali saya diberitahu oleh cikgu yang saya telah dimasukkan untuk menyertai pertandingan ini, saya terkejut! Satu cabaran yang paling besar yang harus saya lalui adalah terjemahkan bahasa inggeris ke bahasa melayu. Saya mendapatkan pertolongan dari ibu tentang informasi mengenai baju-baju etnik kita. Ibu saya banyak menolong saya dalam blog saya ini. Banyak yang dapat saya pelajari daripada ibu dan juga kawan saya di Brunei. 


Satu lagi cabaran yang saya lalui,adalah menyelesaikan blog post saya. masa agak ketat untuk saya kerana saya juga ada banyak kerja sekolah yang harus diselesaikan. Pada masa yang sama, saya juga harus mencari informasi-informasi tentang baju-baju etnik kita.Saya  sunnguh gembira dapat bertanding dalam pertandingan ini. bukan sahaja dapat menambah ilmu tetapi , saya juga dapat mengeratkan silaturahim dengan ibu saya. 


Dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada penganjur untuk mengadakan pertandingan ini . Saya berharap ini bukan kali pertama saya akan bertandingan dalam pertandingan blogging ini. Jumpa lagi dan terima kasih ! 




                          JUMPA LAGI !!!








★ Rabu, 28 Julai 2010 . 11:58 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

MUHASABAH 1
    
Kini, entri saya yang kesembilan, saya ingin membuat refleksi saya sepanjang saya membuat entri-entri blog ini. Bukan sahaja tentang budaya yang dapat saya pelajari melalui pertandingan ini. Saya juga dapat mengenali tentang budaya Orang Melayu Brunei juga. Seperti contoh, saya mengadakan perbualan antara kawan saya di Brunei melalui MSN tentang pakaian, budaya dan juga makanan yang mereka hidangkan pada Hari Raya . Malah , bukan itu sahaja yang dapat saya pelajari.


 Tetapi,saya juga harus menempuh beberapa cabaran seperti, mendapatkan sumber-sumber tentang kajian budaya Melayu. Ia menjadi seperti cabaran saya kerana informasi-informasi yang saya dapatkan di internet, kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Itulah saat yang paloing susah untuk saya kerana sukar bagi saya untuk terjemahkannya dalam bahasa Melayu sebab saya sudah fasih berbual dalam bahasa inggeris.


Selain itu, saya juga  dapat menambah ilmu saya tentang asal-usul baju tradisi kita. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa kebaya sulam itu asalnya dari Pulau Jawa. Setelah saya membuat kajian tentang kebaya , barulah saya dapat mengetaui tentang ini. Satu informasi menarik yang dapat saya dapatkan di internet,ialah tentang tenunan kain songket. Ia memakan masa 4 bulan untuk menghabiskan hanya dua meter kain songket!Mungkin dengan sebab itulah kain songket, seringnya berharga mahal. 


Banyak yang dapat saya pelajari. Namun, saya akan meneruskan lagi pelajaran yang dapat saya pelajari tentang budaya Melayu Tutong pada entri yang akan datang! jangan ke mana-mana yah !






                  TERIMA KASIH !!

★ . 7:21 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

                             CUTI SEKOLAH SAYA...

Sewaktu cuti sekolah Jun, Saya berpeluang untuk ke Brunei untuk penyerapan sekolah di sana. Bukan sahaja saya dapat pelajari tentang sistem pelajaran di sana,bahkan, saya dapat juga mempelajari budaya melayu di sana. Seperti, saya dapat pelajari bahawa pakaian Orang Melayu puak Tutong , mempunyai banyak perbezaan dengan Orang Melayu Singapura. Cara pakaian mereka sungguh berbeza sekali .

Inilah yang dapat saya pelajari  dari kawan-kawan  saya di Brunei.Inilah contoh-contoh pakaian baju mereka di Brunei. Amat unik sekali pakaian baju mereka. Suatu hari nanti, saya juga ingin memakai baju ini pada hari keharmonian kaum! Lain daripada yang lain. Saya juga dapat mempelajari bahawa mereka menggunakan baju ini pada hari-hari yang tertentu.




Sampai di sini sahajalah entri untuk saya pada hari ini. Jangan ke mana-mana dahulu yah! Saya akan kembali lagi pada entri yang akan datang .




                                           TERIMA KASIH !!!! :D

★ . 6:53 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

                                           KEBAYA LABUH




Jika dalam dua entri yang lepas, saya mengenalkan tentang kebaya, itu sebenarnya hanya secara umum tentang kebaya. Kebaya mempunyai dua kategori , iaitu kebaya labuh dan juga kebaya pendek. Kebaya labuh tampak lebih elegant dan lebih sopan jika dipakai. Kebaya pendek pula, tampak lebih menjolok mata dan di Singapura pula, ia sering dipilih sebagai baju yang dipakai sebagai baju persandingan pada hari perkahwinan.


Namun, entri saya pada hari ini bukan tentang kebaya pendek, malah, saya ingin mengetengahkan tentang kebaya labuh. Pernahkah anda tertanya-tanya, di manakah kebaya labuh ini diperkenalkan dahulu ? 




Ha, inilah jawapannya! Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga diraja dan kenamaan di sana. Semasa zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Ilham daripada kebaya tradisional, pereka fesyen telah mengubahsuai dan memodenkan rekaan kebaya. Kebaya yang telah dimodenkan boleh dikenakan dengan seluar slack atau jeans.


Itu sahaja lah untuk entri saya kali ini. Jumpa lagi pada entri yang hadapan .

sumber
\http://serikebaya.blogspot.com/2009/01/sejarah-kebaya.html








                                      TERIMA KASIIH

★ . 4:24 PG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

                             ASAL USUL KEBAYA


Baju KebayaI ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat daripada kain kasa yang dikenakan dengan sarungbatik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.






Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab dan membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka,JawaBaliSumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.
Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.


Sebelum saya membaca artikel ini yang dipetik di wikipedia, saya tidak tahu yang kabaya bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja bahkan wanita-wanita Eropah dahulu pada zaman Belanda di Pulau Jawa. Hingga kini sahaja entri saya untuk hari ini. Jumpa lagi pada entri saya yang akann datang ! 


                                   TERIMA KASIH ! 

★ Sabtu, 17 Julai 2010 . 5:07 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA

KEBAYA : PAKAIAN TRADISIONAL WANITA BRUNEI




 http://www.youtube.com/watch?v=Gob_XnSoyCA&feature=related

Inilah video yang tentang kebaya.Saya ada satu soalan. Di manakah asal usul baju kebaya? Jika anda ingin tahu, jangan ke mana-mana yah ! jumpa lagi !! :D

★ Khamis, 15 Julai 2010 . 4:58 PTG

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT



              Sejarah Pakaian Baju Melayu


Masyarakat Melayu mempunyai banyak koleksi pakaian tradisional yang mendapat menampilkan ciri-ciri orang melayu yang banyak budi perkertinya,lemah-lembut dan juga bersopan santun. Orang Melayu juga suka menghiaskan diri mereka dengan perhiasan yang menganakan dengan baju tradisional yang dipakai itu. Jika kita perhatikan, rekaan baju melayu banyak menggunakan kain-kain yang disulam dan ditenun. Tenunan dan sulaman yang dijahit seringkali menghasilkan rekaan dan ciptaan yang begitu halus dan juga bermutu tinggi.Seperti contoh, kain songket,rekaan kebaya ,baju kurung dan juga kain batik.


Contoh-contoh kain yang sering digunakan untuk menjahit baju melayu :



http://sufiyah2u.com/koleksi_pakaian_pengantin
http://fema.ipb.ac.id/bem/?m=201003

Ini lah gambar mereka  memprocess atau tenunan songket. Gambar ini dipetik di Brunei. Disana, mereka mempunyai sekolah yang khusus hanya unutk tenunan kain songket. Inilah gambar satu pelajarnya yang sedang menenun kain songket. Sebenarnya, banyak process yang harus mereka lalui sebelum mereka boleh memulakan tenuunan kain itu. Conoth, mereka harus menyikat benang-benang kain itu. Selain itu pula, mereka juga harus mengira berapa banyak benang yang ada. 






















sehingga kini, pakaian tradisional Melayu masih lagi dipakai sebagai pakaian harian. Walaupun begitu sering menjadi pilihan kini, kain songjet dan batiik menjadi pilihan untuk ke majlis-majlis formal.


Dengan itu, hingga kini lah entri untuk saya hari ini. Jangan ke mana-mana yah! Entri yang hadapan saya ingin mengetengahkan tentang baju kebaya pula. Jadi,jika anda ingin tahu,teruskan lah membaca blog saya ! jumpa lagi! :D








                TERIMA KASIH !!

★ Ahad, 11 Julai 2010 . 7:26 PTG
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA

                  Baju Kurunglah
kurung si baju kurung


Di Singapura, jika kita memakai Baju Kurung atau Baju Kurung Melayu(untuk lelaki) kita telah dikenal pasti sebagai orang melayu kerana itulah ikon kita sebagai orang melayu kita. Selain baju kurung, kita orang melayu juga pandai bergaya. Seperti contoh,untuk kaum wanita dan juga lelaki, mempunyai baju kurung cekak musang  dan juga baju kurung telok Belanga. 




Bbaju kurung Telok Belanga dahulu mempunyai leher yang berbentuk bulat dan ia juga mempunyai belahan di hadapan . Potongan pada lengan baju ialah longgar dan berkekek. Manakala potongan pada bahagian badan pula, ia pula lurus dan juga berkembang di bawah. Selalunya , baju ini dipakai dengan lehernya ditutup dengan satu butang.Biasanya jika baju itu berharga agak mahal , butang itu akan selalunya ditukarkan dengan sebiji berlian ataupun butang yang berwarna emas.
Bagi kaum lelaki Melayu, baju kurung Teluk Belanga mempunyai potongan baju yang pendek dan berkocek besar di bahagian bawah depan baju, berseluar panjang ,bersamping yang dipakai di bahagian dalam baju di mana disebut sebagai kain dagang berserta dengan songkok. Adakalanya, baju kurung ini dibuat dengan mempunyai kocek kecil di bahagian kiri baju tersebut .


contoh baju kurung telok belanga:


http://www.chonghwakl.edu.my/2007news_php/2007wenhuajie/2007wenhuajieM.php


Sekarang, saya akan mengenalkan baju kurung  cekak musang pula. Kelainan yang dapat dilihat dengan jelas ialah pada potongan lehernya, yang dibuat berkolar tegak dan berkancing kecil. Bagi kaum wanita, baju ini biasanya berkancing tiga, liima atau tujuh butir butang. Manakala bagi kaum lelaki pula, ia berkancing dengan empat butir butang. 


Sejarah tentang baju kurung Cekak Musang. Dahulunya, kain yang digunakan ialah kain baldu. Pada kaki kain pula dihiaskan dengan emas atau perak yang disebut kida-kida. Sementara kainnya pula dikenakan dengan kain songket, yang mempunyai sulaman benang emas yang lebat dan dapat dilihat di keseluruhan permukaan kain. Di samping itu pula, hiasan yang dikenakan haruslah kena dengan rekaan baju seperti kalung besar ataupun gelang tangan.



contoh baju kurung telok belanga:


http://www.chonghwakl.edu.my/2007news_php/2007wenhuajie/2007wenhuajieM.php




Selain itu, baju kurung kita tidak lengkap jika kita tidak memakainya dengan kain sarung.Banyak gunanya dalam pakaian kita. 
Seperti contoh, kain sarung digunakan sebagai tudung ataupun kain daggang maknanya ia digunakan untuk berlindung daripada matahari.


Sekian, sampai di sini sahaja untuk hari ini.Jangan kemana-mana dahulu ! 
 Saya akan kembali pada post yang hadapan dengan informasi yang lagi menarik lagi. 
Jumpa di post yang hadapan yah! 






                                           TERIMA KASIH!!


★ Credits
Layout and domo background by : noturcupoftea
Domo pictures from weheartit, tagged under domo